lidah atau kata-kata lebih tajam dari mata pedang
lidah atau kata-kata lebih tajam dari mata pedang.. aku suka gilababi dengan ungkapan ni.. sebab bagi aku ianya benar-benar belaka.. dengan kata-kata kita mampu mengubah emosi seseorang.. dengan kata-kata kita mampu memikat hati seseorang.. bahkan dengan kata-kata, kita mampu menjatuhkan seseorang.. jadi anda perlu tahu kedudukan anda sebelum melemparkan kata-kata kepada seseorang..
kedudukan disini, aku maksudkan sebagai pangkat, kerjaya, dan lain-lain.. tak kiralah kedudukan apa pun, bergantung kepada situasi.. sebagai contoh, sekiranya anda adalah seorang cikgu atau lecturer.. anda perlu berhati-hati kerana kata-kata anda sangat mempengaruhi student.. situasi adalah seperti ini..
datin wannabe : kenapa kamu tak siapkan kerja kamu?student : saya ada banyak masalah puan, saya stress.. saya ada masalah famili, masalah kewangan, masalah kawan-kawan, masalah percintaan dan macam-macam lagidatin wannabe : alahh! setiap orang pun ada masalah.. awak ingat awak sorang ja ada masalah.. saya tak kira!! saya nak awak siapkan sebelum petang ni jugak kalau tak, saya fail-kan awak (sengaja menakut-nakutkan student agar student menyiapkan kerja)student : baiklah..
(keesokan hari, si student ni bunuh diri akibat terlalu stress)
perkara ini pernah terjadi.. kadang-kadang kita menganggap perkara ini macam gurauan atau motivasi untuk mendorong seseorang, tapi sebenarnya kita telah salah.. tambah pula sekiranya anda bekerja sebagai seorang doktor, ustaz, dan pakar dalam bidang tertentu.. siapa taknak percaya cakap anda?? hahaha.. kalau si doktor ni cakap "kalau nak kurus, minum jus ciptaan saya tapi jangan makan nasik tau" haaaa.. mesti berpusu-pusu orang nak beli produk doktor tu kan? kah kah kah..
tapi point asal aku, sebenarnya aku nak bagitau hasil dari kata-kata orang ramai, hasil dari pujian dan kutukan orang ramai sebenarnya serba sedikit mempengaruhi mentaliti aku tak kiralah sebagai diri aku sendiri, sebagai tubelawak, atau sebagai penulis di dunia maya.. aku takut aku lupa diri.. aku juga takmau suatu hari nanti ada orang kata aku 'bajet' lebih.. kalau suatu hari nanti aku bukan tubelawak seperti tubelawak hari ini, sila ingatkan aku dan sila tegur aku.. walaupun dengan cara yang pedih, insyaallah aku terima.. sekian..
video : the power of words
No comments:
Post a Comment